Panduan pemakanan yang baik.

Makanan yang baik adalah makanan yang merangsang pembangunan otak.

Makanan yang baik adalah makanan yang BERKHASIAT yang mengandungi:

Kerbohidrat
Protein
Lemak
Mikronutrien = Vitamin & Garam galian

Makanan yang baik juga adalah makanan:

Segar
Tidak diproses
Dalam bentuk semulajadi
Cara tanaman tanpa bahan kimia
Cara peliharaan 'free range' serta tanpa antibiotik dan hormon.

KARBOHIDRAT
 Rujuk---> Keluarga karbohidrat

PROTEIN
Rujuk--->Keluarga Protein

LEMAK

Lemak yang penting  terdiri daripada Asid Lemak Essensial seperti:

Omega 3 
Biji flax, biji labu biji hemp

Omega 6
Minyak jagung, bijan, biji bunga matahari dan walnut

 DHA &EPA
Salmon, Mackerel, sardin, tuna, telur (ayamyang diberi makan flax seed) 

GLA
Minyak evening primrose, minyak borage, minyak biji blackcurrant

Asid lemak essensial membantu mengekalkan kesihatan badan, mengurangkan risiko allergi, asma, ekzema dan jangkitan kuman yang disebabkan oleh ciri-ciri anti-inflammatori dan sokongan kepada sistem imun.

Ia juga boleh membantu kepada kesihatan mental. Kekurangannya boleh menyebabkan kelesuan, masalah ingatan, sikap, kemurungan, disleksia, autisma dan mlain-lain gejala.

Lemak Tepu (Saturated fat) - The 'bad press' fat.

Ia bersifat pepejal pada suhu bilik seperti mentega.

Lemak tepu bukan terdiri daripada lemak esential tetapi dalam bentuk semulajadi ia tidak memudaratkan seperti dari sumber tumbuhan (santan, minyak kelapa, avokado) dan haiwan (daging, makanan berasaskan tenusu, telur).

Ciri penting yang terdapat padanya adalah sangat stabil kepada haba, jadi sangat sesuai digunakan sebagai minyak masak. contohnya minyak kelapa dan minyak kelapa sawit.

Minyak untuk memasak

1) Minyak yang sangat stabil pada haba tinggi adalah minyak tepu seperti minyak kelapa dan minyak kelapa sawit.

2) Minyak 'monounsaturated' yang stabil pada haba sederhana adalah seperti minyak zaitun, minyak kacang tanah, minyak canola, minyak avokado. Tidak sesuai digunakan untuk memasak tetapi boleh digunakan untuk baking, saute dan salad.

3) Minyak 'polyunsaturated' yang hanya stabil pada suhu bilik. Tidak sesuai untuk dimasak kerana mudah teroksida dan menjadi 'trans fat'. Apabila ia teroksida menjadi 'trans fat', ia boleh mengakibatkan peningkatan kolestrol LDL (Low Density Lipoprotien) dan menurunkan kadar kolestrol  HDL (High Density Lipoprotien) di dalam badan. Ia kaya dengan lemak esential (lebih banyak omega 6) dan seharusnya dimakan mentah contoh sebagai 'salad dressing'.  Contohnya minyak jagung, minyak soya, dan lain-lain minyak sayur.

Kolestrol

Kolestrol merupakan nutrien yang penting, boleh didapati daripada makanan dan juga disentesis oleh bada (di dalam hati)

Ia penting dalam pembentukan hormon (testosterone, estrogen, cortisol), hempedu dan vitamin D. Ia merupakan sebahagian daripada struktur mambran sel.

kolestrol LDL (Low Density Lipoprotien) membawa kolestrol ke bahagian badan yang diperlukan atau penyimpanan. kolestrol  HDL (High Density Lipoprotien) pula membawa kolestrol untuk dikeluarkan dari badan.

Sumber kolestrol semulajadi adalah daripada kelapa, avokado dan telur.

Bahaya kolestrol apabila...

Kolestrol telah bercampur oksigen kerana telah dimasak kama, digoreng atau diproses seperti mayonis dan susu yag disimpan lama. Ia menghasilkan radikal bebas yang merosakkan saluran darah.

Sumber kolestrol yang merbahaya...

Makanan yang telah disimpan lama dalam keadaan suhu bilik biasa seperti telur, butter, dan susu.
Fast food  seperti ayam, daging, ikan dan burger.
Makanan kering seperti susu, tepung, telur kering,
Bahan-bahan 'baking-mix' seperti kuih, puding dan pancake.
Cara masak seperti goreng (deep fry) dan tumis.

Lemak yang dihidrogen (Trans Fat) - The 'ugly' fats.

Terbentuk apabila makanan digoreng seperti 'deep fry)
Terbentuk apabila makanan diproses.
Ia menjadi sukar dihadam  dan menggalakkan penyakit jantung.
Menghalang Asid lemak asensial ditukar kepada lemak penting dalam otak seperti GLA dan DHA.
Apabila menjadi sebahagian daripada mambran sel, menyebabkan membran sel bocor.
Mengganggu imbangan kolestrol - LDL tinggi dan HDL rendah.
Kebanyakan digunakan oleh industry makanan untuk memanjangkan tarikh luput makanan.

VITAMIN (Mikronutrien)

Merupakan sebatian organik yang terdiri daripada elemen-elemen yang berbeza disusun dalam konfigurasi tertentu.

Nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk menjana fungsi-fungsi fisiologi. Tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu didapati daripada makanan.

Perlu didapati daripada makanan kecuali Vitamin D dan Vitamin K. 

Terdapat 13 jenis vitamin yang penting yang terdiri daripada:
- Vitamin larut air seperti Vitamin B (9 jenis) dan Vitamin C
- Vitamin larut lemak A, D, E, K

Fungsi vitamin

Terlalu banyak fungsi vitamin ni. Tak larat nak tulis satu-satu. Boleh buat carian google je ye. Hihi...

GARAM GALIAN (Mikronutrien)

Kalsium adalah salah satu garam galian.

Nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk menjana fungsi-fungsi fisiologi. Tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu didapati daripada makanan.

Kalsium
Kegunaan: Pembentukan tulang, gigi, relakskan otot dan saraf.
Kekurangan: Kejang otot, insomnia, gigi berlubang.
Sumber: Susu, kacang, bijian, sardin, sayuran hijau.

Jenis lain-lain seperti Kromium, Kuprum, Besi, Magnesium, Manganese, Selenium dan Zink. Boleh carian google sendiri jugak ye. 

Semoga bermanfaat untuk kegunaan semua.

KESIMPULAN...

Sentiasa berikan anak makanan yang tidak diproses dan segar / baru dimasak.

berikan anak kombinasi protein dan karbohidrat untuk imbangan gula yang baik. (25% protein, 25% karbo, 50% sayur-sayuran tidak berkanji)

snek yang sihat penting untuk anak-anak

Berikan anak suplemen multivitamin dan multimineral yang berkualiti.

Berikan anak suplemen omega 3 dan omega 6

Elakkan makanan yang memudaratkan seperti junk food, perisa, pewarna, penahan, makanan yang diproses.

Berani untuk mencuba makanan/ masakan baru.

*Segala info diambil daripada Nota Pembangunan Anak-anak Nury yang disediakan oleh Dr. Azura Alfian.

No comments:

Post a Comment