Mak-mak biasa bagi anak-anak sarapan apa?
Saya dulu, buat sarapan anak-anak tak pernahpun fikir pasal nutrisi makanan. Yang penting makanan tu nampak sihat, anak kenyang, hati kitapun senang.
Tapi bila anak-anak dah mula masuk sekolah ni dah mula terfikir. Kalau boleh nak sediakan hidangan terbaik la supaya anak-anak ada tenaga, otak bersedia dan hati suka untuk belajar. Tak lah lemau je bila jumpa kawan-kawan dan masa cikgu mengajar kat depankan...
Jadi, macamana nak pastikan sarapan anak-anak kita adalah yang terbaik?

Pastikan dalam hidangan anak ada sumber karbohidrat, protein, lemak
dan nutrien serta garam galian.
Kita ni kadang-kadang nak buat sarapan ikut mood jugak. Datang masa rajin macam-macam makanan hebat kita nak buat. Tapi datang masa malas nak masuk dapurpun kena berjuang. Jadi tips nak rasa mudah sediakan sarapan untuk anak-anak, plan waktu sebelum tidur ikutlah barang apa yang ada. Lebih bagus kalau dah siap plan untuk menu seminggu. Barang-barangpun dah ready taklah kelam kabut di awal pagi.
Agak-agak rajin tu boleh buat nasi lemak. Superfood ni tau...kebaikan santan sebab merupakan sumber lemak tepu yang kaya dengan asid lemak rantaian pendek, penting untuk manfaat kesihatan. Jangan lupa lengkapkan dengan telur rebus sebagai sumber protein dan timun.
Sekali-sekala buat bubur nasi campur santan dan isi ayam, bubur kacang, pengat pisang, pengat labu.

Datang masa malas atau sibuk buatlah menu simple je macam ubi rebus , jagung, keledek, kentang bakar atau roti gandum penuh. Sekalikan dengan pengambilan telur rebus atau telur hancur.
Kalau nak lagi mudah beli je sengkuang cina dan gula melaka /kabung asli buat stok. Pagi-pagi nak kejar masa dengan macam-macam urusan. Potong je sengkuan cina tu, hiris gula melaka/ kabung tadi dan cicah. Ha...senangkan? Jangan pening-peing kepala nak hidangkan menu sihat untuk anak.
Nak bagi anak minum apa pagi-pagi?
Susu tepung atau minuman berkoko
semestinya bukan sumber minuman terbaik untuk anak-anak sebab kedua-dua ni telah hilang khasiat malah memudaratkan sebab tinggi kandungan aditif (gula, pewarna, perasa tiruan dll). Rami tak tahukan? Eloklah ambil tahu sekarang supaya diri tu tak terus ditipu dengan kebaikan yang disebarkan. Anak-anakpun tak terus jadi mangsa penderaan makanan.
Cuka kurma asli yang dicampur dengan sedikit madu asli/ gula
kelapa asli antara minuman hebat yang boleh mak-mak perkenalkan kepada anak-anak. Cuka
ada kandungan probiotik, nutrient dan mineral yang tinggi. Meningkatkan
ketahanan badan anak daripada serangan penyakit dan memudahkan
penyerapan nutrien yang diambil dari makanan. Bahasa mudah, badan mudah nak cerna makanan dan serap nutrien dari sarapan yang anak-anak ambil tadi tu.
Madu asli dan gula Melaka asli adalah dua bahan hebat yang kaya dengan kandungan nutrient dan mineral yang diperlukan oleh anak anak untuk membesar. Bukan gula putih putih ye...
![]() |
Cuka kurma asli jenama Dee-V keluaran Dates Valley antara cuka kurma terbaik di Malaysia kerana dibuat secara Homemade. |
Madu asli dan gula Melaka asli adalah dua bahan hebat yang kaya dengan kandungan nutrient dan mineral yang diperlukan oleh anak anak untuk membesar. Bukan gula putih putih ye...
![]() |
Gula kelapa asli |
Mana nak dapatkan sumber kalsium kalau tak minum susu?
Sebenarnya dalam makanan dan minuman tadi dah ada sumber kalsium. Jadi mak-mak tak perlu risau. Kalsium bukan ada dekat susu je. Kalau nak ambil susu jugak boleh ambil susu segar untuk bagikan kat anak-anak.
Inilah sumber sarapan yang patut diperhatikan oleh mak ayah.
Sarapan yang baik membuatkan anak-anak lebih bijak berfikir, lebih fokus dan
gembira untuk belajar. Tak lah sia-sia penat sedaikan sarapan di pagi hari. Anak betul-betul dapat manfaat dan kebaikan dari sarapan yang dihidangkan oleh ibunda tercinta.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment