Risaunya...anak tak nak makan.

Anak tak nak makan memang risaukan?

Pertama mak kena tenang dulu...janganlah risau sangat. Bagi motivasi pada diri sendiri.
 Kalau awal-awal kita dah tanamkan rasa susah dalam fikiran nak buat sesuatu memang akan jadi susah. Tapi bila kita rasa mudah maka mudahlah jadinya.

Ye...nak ajar anak makan tu mudah je sebenarnya.

Saya jenis orang yang ringkas dan tak suka pening pening kepala. Guru terbaik bagi saya adalah pengalaman dan saya tak suka kepada perkara yang terlalu teori atau ikut buku.

Adik beradik saya 12 orang dan saya anak ke-9. Diantara kami tiada yang cerewet bab makan. Kami datang dari keluarga yang susah. Di kebanyakan waktu kalau nak makan tu ambil yang ada disekitar rumah je macam ikan sungai dan sayur-sayur yang ditanam sendiri oleh mak. Kadang-kadang makan sayur kampung je tanpa lauk. Jadi memang waktu kecil tu tak kenal brokoli, ikan laut apatah lagi fast food seperti kfc dan lain-lain.

Bila dah ada anak ni kadang-kadang tu terfikir. Awatlah anak-anak sekarang ni cerewet tak macam kita dulu? Terlalu memilih bab makan.

Jawapan yang saya nampak bagi persoalan ni adalah disebabkan terlalu banyak pilihan yang dipersembahkan kepada mereka. Terlalu banyak stok makanan berproses di dalam rumah. Sebab nak mudah...kadang-kadang kita sibuk tak sempat nak masak jadi hidang je biskut ke roti ke...lagi best order je kfc ke pizza ke... Bila anak dah kenal banyak makanan berproses yang sedap-sedap memang tak hairanlah mereka tolak makanan yang sepatutnya mereka makan.

Jadi nak mudahnya, jadilah macam mak-mak kita dulu. Dalam rumah hanya ada makanan yang diperlukan untuk membantu mereka membesar dengan baik sahaja iaitu real food. Kalau lapar makan je apa yang ada, kalau tak biarkanlah dia berlapar buat seketika. Lapar sangat nanti makan jugaklah apa yang ada. Kena paksalah diri tu masak setiap kali anak nak makan. Berkorban masa dan tenaga untuk kebaikan anak. InsyaAllah, confirm anak-anak takkan cerewet.

Tips tarik perhatian anak dengan makanan berkhasiat

Anak-anak zaman sekarang ni moden. Bab nak suruh makanpun kena ada tambahan cara yang moden. Kalau kita dulu mak hidang terus je makan. tak perlulah tips nak tarik perhatian ni.

Tips yang saya dan suami gunakan simple je. Tak gunapun cara-cara yang susah macam presentation menarik. Bagi saya ia menyusahkan untuk ibu-ibu moden. Kita sibuk tak sempat dah nak present makanan cantik-cantik dengan pelbagai corak. Akibatnya kita juga yang akan stress dan mulalah tak konsisten. Jadi buat yang simple-simple aje ikut kemampuan kita.

TIPS:

Makan bersama kalau dalam dulang lebih baik. Bila bersama-sama ni banyak benda yang kita boleh ajar pada anak. Salah satu kaedah didikan Rasulullah adalah di waktu makan (rujuk buku prophetic parenting). Jadi gunakan peluang makan bersama untuk tanamkan didikan yang baik pada anak.



Berbalik kepada tips mudah nak ajar anak makan makanan berkhasiat lebih-lebih lagi makanan seperti sayur. Cerita pasal kebaikan makanan yang terhidang.

 "Boleh buat kulit cantik macam princess". 

"Mata terang boleh la tengok benda yang cantik-cantik..."

"Boleh jadi pandai.."

Jika hari-hari diberi kefahaman yang positif tentang pemakanan yang berkhasiat, lama-lama anakpun akan faham akan kepentingan makanan berkhasiat.

Peringkat permulaan anak-anak agak sukar jugak nak terima walaupun dah cerita macam-macam kebaikan pasal makanan tu. Tapi jangan sesekali memaksa anak untuk makan apa yang dia tak mahu. 

Guna kaedah lain yang lebih menarik yang penting tidak memaksa. Paksaan akan mengakibatkan hati mereka tidak gembira dan terus akan menolak pada masa-masa akan datang.

Kaedah lain yang lebih berkesan apabila suami saya membuat aksi menarik depan anak-anak. Suami akan melompat, buat reaksi muka gembira sambil makan sayur nak tunjuk yang sayur tu sedap sangat. 

Main suap-suap...Suami suka guna kaedah main suap-suap guna mulut. Anak-anakpun guna mulut untuk sambut makanan dari abinya. Lumba kunyah dan terus telan.

Masa ni peringkat awal nak ajar Fatimah makan tomato. Sampai sekarang tomato jadi sayur yang paling digemari Fatimah. Lepas tu fatimah pulak pulak pengaruh kakak-kakak makan tomato. Kakak-kakakpun dah mula jatuh hati dengan tomato sejak Fatimah selalu makan.

Selain tu hidangkan sayur-sayur yang sedap dulu. Jangan mulakan dengan sawi sebab sawi tu sedikit pahit. Nanti anak-anak terus ada persepsi negatif terhadap sayur. Antara sayur yang sedap dan menarik untuk dikenalkan awal-awal adalah bayam, carrot, bendi.

Lama-lama bila anak dah mula faham ingatkan semula anak-anak sebenarnya Allah yang suruh makan yang baik-baik sebab nak badan kita jadi baik, bijak, cergas dan sihat. Kita taat perintah Allah, Allah bagi kebaikan pada kita.

Wallahualam




No comments:

Post a Comment