Chicken/ meat ball ni antara makanan kegemaran anak-anak. Nak beli yang dah tersedia diluar susah nak dapat yang tiada MSG. Prosespun guna ayam yang disuntik hormon, jadi memang takut nak beli. Solusinya buatlah sendiri.
Sebenarnya taklah susahpun nak buat chicken ball ni. Senang sangat asalkan ada pengisar daging.
Jom, nak tunjukkan bahan dan cara nak buat.
Bahan-bahan:
Isi ayam
Sedikit hirisan bawang putih dan bawang merah
Sedikit biji habatussauda yang ditumbuk
sedikit tepung jagung
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan:
Kisar isi ayam sehingga hancur
Masukkan semua bahan dan gaulkan sebati
Minta anak-anak bentukkan menjadi bebola (mesti diorang seronok)
Minta anak-anak bentukkan menjadi bebola (mesti diorang seronok)
Masukkan dalam air mendidih
Selepas 2 minit angkat.
Buat banyak-banyak boleh simpan dalam peti buat stok. Kalau nak masak sup sayur ke..buat bihun sup ke...cuma hiris dan masukkan. Nak bagi anak makan macam tu pun dah ok sangat cuma kena rebus sekali lagi nak pastikan isi dalam betul-betul masak.
Mudahkan?
Selamat mencuba...
Mudahkan?
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment