Gaya Makan dan Kesihatan anak kita

KESIHATAN ANAK KITA...

Ramai diantara kita apabila anak-anak mendapat sakit seperti lelah, ekzema, jantung, kanser dan sebagainya, sering mengaitkan penyakit tersebut dengan genetik/ baka. Walaupun anak kita membawa baka sesuatu penyakit, tetapi kebanyakan baka yang dibawa boleh diubah.

Sesuatu yang perlu diketahui, apabila anak kita mempunyai GEN PENYAKIT bermakna dia berhadapan dengan risiko mendapat sakit dari gen yang dibawa TETAPI ia bukanlah sesuatu yang pasti berlaku. 

Bermakna terdapat beberapa faktor yang GEN PENYAKIT itu menjadi aktif sehingga anak kita benar-benar mendapat sakit yang dipanggil sebagai penyakit genetik. Ini juga bermakna faktor-faktor tersebut boleh menghindarkan anak kita daripada mendapatkan penyakit tersebut.

FAKTOR-FAKTORNYA adalah...
  • DIET HARIAN /PEMAKANAN
  • UDARA
  • TEKANAN
  • JANGKITAN / RADANG
  • KECEDERAAN
  • PERSEKITARAN seperti bahan kimia yang terdapat di dalam sabun.
KAITAN PEMAKANAN DENGAN PENYAKIT GENETIK/BAKA...

Diet/ pemakanan seharian sangat memainkan faktor yang penting dalam pengaktifan sel penyakit seseorang. Pemakanan dapat menentukan kekuatan sistem pertahanan tubuh seseorang yang mana sistem pertahanan ini juga bertindak sebagai radar di dalam badan. 

Sekiranya terdapat sel penyakit di dalam badan anak kita, sistem imunisasi yang bertindak sebagai radar tadi dapat mengesan kehadiran sel lalu menghapuskannya.

Sebaliknya berlaku sekiranya sistem radar tidak dapat berfungsi maka sel kanser akan hidup dan boleh membiak dengan amalan pemakanan yang menyumbang kepada aktifnya sel kanser tersebut.

Ini turut diperkatakan oleh seorang Doktor dan juga seorang Saintis Dr. Jeffery Bland di dalam bukunya  GENETIC NUTRITIONEERING.

"Gen itu sendiri tidak menyebabkan penyakit. Dalam kebanyakan kes, penyakit terhasil apabila seseorang individu memilih cara hidup dan/ atau diet yang mengubah ekspresi gen sehinggakan kelemahan atau keunikan dalam faktor warisannya menghasilkan fenotip yang kita panggil PENYAKIT" - Dr Jeffery Bland dalam bukunya 'Genetic Nutritioneering'. Juga pengasas Institut Perubatan Functional.

KAITAN PEMAKANAN DENGAN KESIHATAN SI KECIL...

Begitu juga halnya dengan kesihatan sikecil kita. Ianya sangat terkait rapat dengan faktor pemakanan yang di amalkan dalam diet hariannya.

Kita perlu memahami bagaimana sistem badan manusia bekerja dalam membangunkan tahap kesihatan anak. Sistem badan ini diciptakan oleh Allah dengan begitu teliti bagi memastikan ia memberi manfaat dalam kehidupan anak-anak.

Sistem badan manusia boleh diumpamakan seperti sebuah mesin yang sangat rumit untuk difahami tanpa sebarang ilmu. Secara asasnya, sesebuah mesin hanya boleh berfungsi dengan baik apabila keadaannya sentiasa dijaga dengan baik dan dikendalikan mengikut manual yang ditetapkan. Sebaliknya berlaku, sekiranya sesebuah mesin dikendalikan tidak betul dan tanpa ilmu maka ianya mudah rosak. Mesin yang dapat berfungsi dengan baik akan memberi banyak manfaat buat penggunanya. Sebaliknya mesin yang sering rosak bukan sahaja tidak dapat memberi manfaat kepada penggunanya malah mungkin akan merugikan kerana perlu dibaiki beberapa kali.

Fahamkah ibu ayah tengtang analogi mesin ini?

Manual pemakanan manusia adalah Al-Quran yang dibuktikan dengan kajian saintifik.

Al-Quran menyarankan agar manusia mengambil pemakanan yang HALAL & THOYYIB. Kajian saintifik menunjukkan makanan yang baik adalah makanan dari hasil bumi (real food) dan bukan makanan yang telah diproses dengan pelbagai teknologi serta ditambah dengan pelbagai bahan tambahan tiruan.

Hakikat yang sedang berlaku, apabila manusia lebih memilih untuk mengambil pemakanan daripada sumber yang diproses dan ditambah dengan bahan-bahan tiruan. Maka berlakulah kecelaruan di dalam sistem badan manusia sehingga membawa kepada pelbagai jenis penyakit walaupun diperingkat usia kanak-kanak.

Perkara ini sangatlah membimbangkan apabila saban hari semakin ramai anak kecil menjadi mangsa terhadap pemakanan racun yang disumbatkan di dalam mulut mereka tanpa sedar. Lebih membimbangkan apabila kesedaran ibubapa masih ditahap yang rendah dan usaha dalam menimbulkan kesedaran dikalangan mereka amat rendahlah rendah.

KESIHATAN FIZIKAL, EMOSI DAN AKAL...

Gaya pemakanan yang tidak sihat dikalangan anak-anak bukan semata-mata terkesan kepada kesihatan jasadnya. Emosi dan akal/fikirannya akan turut terjejas bilamina sistem badan menjadi celaru, rembesan hormon yang mengawal emosi dan fikiran turut menjadi celaru dan tidak stabil. Akibatnya anak-anak kelihatan kemurungan, suka marah dan meninggi suara akibat emosi yang tidak stabil, sukar tidur, fikiran sering melayang (tidak fokus) dan pelbagai lagi masalah yang akan timbul.


KESIMPULANNYA...

Kesihatan anak adalah pilihan ibu bapa. Pilihan pemakanan yang baik menghasilkan tahap kesihatan fizikal, emosi dan akal yang baik.

Semoga dengan tahap kesihatan yang baik, anak-anak kita bukan sahaja bermanfaat untuk dirinya dimana boleh mengamalkan hidup dengan sejahtera dan bahagia, bahkan lebih baik jika kesihatannya dapat menyumbang kepada ramai manusia.









No comments:

Post a Comment