"Ala...kalau anak tu nak sakit-sakit jugak. Tak perlu la nak rigid sangat pasal makanan diorang."
Biasa tak mak-mak kat sini menghadap kata-kata macam ni? atau mak mak sendiri yang ada -ve thingking macam ni?
Menjaga pemakanan memang betul bukan jaminan anak kita takkan sakit tapi ia adalah langkah pertama mengurangkan risiko penyakit anak menjadi lebih teruk.
Risiko tetap sama...
Zaman makin maju kumanpun makin hebat. Semakin hebat kuman semakin hebatlah sistem pertahanan yang kita kena sediakan.
Zaman makin maju kumanpun makin hebat. Semakin hebat kuman semakin hebatlah sistem pertahanan yang kita kena sediakan.
Akhir zaman ni agak mustahil untuk kita 100% selamat dari pemakanan yang mudarat. Mudarat tetap ada walau dalam real food seperti dalam ayam, ikan, sayuran dan buah-buahan. Hampir ke semua sumber makanan ditambah bahan kimia merbahaya bagi mengekalkan kesegarannya. Seboleh-boleh kita usaha untuk mencari real-food yang selamat. Jika ada peluang menanam dan menternaklah sendiri adalah lebih baik dan terjamin.
Nak katanya...real-food yang Allah cipta tu pun ada mudaratnya akibat dari tangan-tangan manusia, apatah lagi makanan yang diproses oleh manusia. Dengan segala macam bahan tiruan ditambah bagi menghasilkan rasa yang memikat hati manusia. Sudah pasti mudaratnya lebih besar.
Berbalik kepada pemakanan sebenar (real food) mengurangkan risiko berhadapan mudarat yang yang lebih besar...
Berdasarkan pengalaman sendiri ye. Sebelum saya menjaga pemakanan anak-anak...anak-anak saya kerap sakit sebulan dalam beberapa kali. Sekali sakit akan makan masa yang lama untuk sembuh. Setiap anak pernah je masuk keluar wad sebab lama tak sembuh-sembuh. Sakit kanak-kanak biasa macam demam, batuk, selesema, muntah, cirit-birit...ubat yang dibekalkan klinik habis berbotol-botol tapi sembuhnya tidak. Itu pengalaman sebelum ada ilmu dan kesedaran tau.
Lepas pergi kursus pemakanan. Dapat pulak hari-hari berdepan dengan BOS yang asyik cakap pasal jaga makan anak-anak...maka dapatlah kesedaran nak berhijrah kepada pemakanan yang sihat dan terjaga.
Buat perubahan 180 darjah terus. No junkfood...no white sugar (sekali sekala terjebak la jugak)...no processed food (sos, kicap, dll) dalam rumah. Teruskan menimba ilmu sana-sini. Join group support untuk terus menjayakan pemakanan sihat yang bukan semudah yang disangka. Maka perubahan mendadak jugaklah berlaku kepada tahap kesihatan anak-anak.
Mula memahami tentang perkerjaan sistem badan bekerja melawan kuman yang datang. Jadi, jika anak deman dan sakit cepat-cepat bagi benda yang boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Alhamdulillah...dalam tempoh tiga tahun mengamalkan gaya pemakanan yang sama, anak pernah demampun setahun sekali dua je dan dalam tempoh semalam sahaja. Tak pernah lagi masuk wad...
Pengalaman orang lain...
Pengalaman semasa bertugas di sebuah sekolah 3 tahun lepas. Saya rapat dengan sesetengah parents disebabkan selalu berbincang dengan permasalahan anak-anak mereka. Ada seorang ibu ni selalu beli madu yang dijual di sekolah sebab anak-anak beliau setiap bulan mesti masuk wad. Di sekolah, anaknya diantara murid yang berkelakuan pelik. sangat agresif, tak dengar cakap dan selalu marah-marah walaupun dengan cikgu.
Selepas setahun saya berhenti berkhidmat, saya singgah ke sekolah tersebut untuk menziarahi guru-guru dan murid-murid. Berita baik yang mengejutkan apabila seorang guru memaklumkan bahawa anak ibu tadi sudah banyak berubah dari segi sikap, tahap kesihatan dan mutu pembelajarannya. MashaAllah...teringin nak tahu rahsianya sayapun berusaha untuk jumpa dengan ibunya. Seperti yang saya sangkakan...ibu tersebut memberitahu bahawa dia telah mula menyekat pemakanan mudarat pada anaknya dan memberhentikan penggunaan gula putih dalam pemakanan anak-anaknya.
Itulah realitinya...masih tak percaya? Eksperimenlah anak sendiri ye. Selamat berusaha ke arah yang lebih baik....

Sekian, terima kasih...
No comments:
Post a Comment