Karbohidrat Ringkas (Monosakarida dan Disakarida) - Jenis karbohidrat yang dihadam dengan cepat dan mempunyai aras indeks glisemik yang tinggi.
- Monosakarida terdiri daripada glukosa dan fruktosa seperti sirap jagung dan buah.
- Disakarida terdiri daripada Sukrosa, Maltosa dan Laktosa seperti gula putih/ perang, madu dan produk susu.
- Polisakarida (kanji) yang terdiri daripada bijian, kekacang, kentang, sayuran.
KESAN KARBOHIDRAT / GULA DI DALAM BADAN
Kandungan gula dalam darah terlalu tinggi boleh menyekat penyerapan nutrien seperti kalsium, kumprum, magnesium, potassium, zink dll yang mengakibatkan anak cepat meradang, sering merasa gelisah, sukar tidur, berperangai luar kawalan, sering rungsing, sedih , tiada tumpuan dan masalah dalam pembelajaran.
Kandungan gula yang turun mendadak di dalam darah akan mengakibatkan bekalan tryptophan dan serotonin menurun. Ia boleh mengakibatkan anak menjadi lesu, pening, berpeluh dahaga, sensitif dan kemurungan.
Umumnya diketahui bahawa karbohidrat merupakan SUMBER TENAGA UTAMA untuk badan. Penghadaman dan metabolisma karbohidrat untuk bertukar menjadi tenaga memerlukan bantuan ENZIM beserta Vitamin B dan magnesium.
Bagaimanapun proses penukaran kepada tenaga ini menjadi terganggu apabila kedua-dua unsur Vitamin B dan magnesuim ini tersingkir daripada badan dengan pengambilan KARBIHIDRAT DIPROSES.
Karbohidrat diproses adalah jenis karbohidrat yang telah melalu beberapa proses penyingkiran nutrien penting seperti gula pasir, beras putih dan bijiran sarapan pagi.
Gula pasir asalnya daripada tebu yang telah diekstrak menjadi cairan molasses yang tinggi kandungan nutriennya. Bagimanapun, kandungan nutriennya telah diasingkan dalam proses penyingkiran sehingga yang tinggal di dalam gula pasir semata-mata adalah fruktosa (sejenis gula ringkas) yang mempunyai ZERO nutrient. Maka, pengambilannya dalam diet harian bukan sahaja tidak mendatangkan manfaat buat badan malah mendatangkan pelbagai risiko penyakit.
Beras putih juga begitu keadaanya dimana telah berlaku proses penyingkiran mineral penting seperti serat, vitamin b, protein, enzim dll.
Menjadikan kedua-dua jenis karbohidrat ini sebagai junk food yang mana boleh meningkatkan kandungan gula di dalam darah seseorang.
ALTERNATIF PENGAMBILAN
Hentikan pengambilan gula putih di dalam hidangan harian dan gantikan dengan gula yang mengandungi tinggi kadar nutrien dan mineral seperti gula tebu mentah, gula kabung/ gula melaka asli yang tidak menjalani proses penyingkiran. Madu asli tidak sesuai dijadikan manisan utama kerana mempunyai paras indeks glisemik yang tinggi bagaimanapun pengambilannya baik dalam kadar yang sedikit.
Beras putih masih mempunyai nutrien tetapi dalam kadar yang sangat minimum kerana mineral yang terdapat pada selaput beras telahpun dibuang semasa proses penghasilannya. Gantikan pengambilan dengan beras perang atau masih boleh ambil tetapi dalam kadar yang sedikit.
KARBOHIDRAT DARI SUMBER LAIN
No comments:
Post a Comment