Resepi kali ni saya ambil dari Fb Sue Bleeza dengan keizinan beliau. sebelum tu kena tahu dulu respi nak buat sourdogh starter sebab dalam ni menggunakan resepi SD.
1. Gaulkan minyak masak 1/2 cup, starter 2 cup, gula merah 1 cup, 1/2 cup pure serbuk choc, 1/2 cup organic chia seed, dan vanilla sugar homemade ikut suka. Vanilla extract ekceli digunakan tapi tak pernah beli vanilla extract selain dr fida vanilla. Tujuannya vanilla ni nak aroma yg harum, dan kurangkan rasa pure choc yg kadang2 pahit. Gaulkan sebati dan biarkan dalam 30-40 minit sebentar. Tujuannnya nak bagi chia seed tu kembang.
Note: starter jugak main peranan yg mana, jika gunakan sd yg di peram 4-6 jam, tempoh proofing 6 jam dah boleh bentuk dan bakar. Jika gunakan starter yg di discard atau lebih 12 jam proofing boleh dari 12 jam hingga 24 jam doh tu baru bentuk dan bakar(ini kes mak2 yg Kerja bolehlah). Saya tak buat proofing masuk dalam peti sebab berubah sedikit dr asal kemungkinan sebab minyak agak kering dan susah untuk dibentuk. Boleh jugak kalau nak masukkan dlm peti ais, takde masalah. Ikut suka la mana yg senang
2. Selepas 30 minit masukkan garam dalam 1 tsp dan tepung gandum unbleached 2 cup, gaulkan sehingga menjadi doh dan bulatkan, kemudian proofing 6 jam keatas( kalau saya ikut masa sd, cthnya guna sd 6 jam ferment, proofing jugak 6-8 jam)
3. Selepas waktu proofing doh akan mengembang berganda spt gambar 2 dan 3, gitulah tekstur nya
4. Pecahkan kepada 4 bhgn, ambil doh satu bahagian gaulkan dgn 1/2 tsp pure baking soda, pastikan uli sebati.
5. Canai doh dalam 0.33mm ketebalan atau ikut suka jugak bolehlah, canai atas baking paper, ambil 1 tbsp orcs dan tabur di atas doh yang dicanai, gunakan rolling pin untuk menekan orcs td,kemudian gunakan cutter pizza untuk membentuk dan memotong. Ikut suka nak bentuk macamana..
6. Panaskan oven dlm 170-180 darjah celcius, atau ikut kepanasan oven. Bakar dlm 20 minit...
7. Dah siap bakar sejukkan dan bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.. krup krap.. krup krap..
No comments:
Post a Comment