SUSU FORMULA adakah perlu untuk si kecil?


Sebelum Aini mengikuti mana-mana kursus pemakanan. Aini juga seperti ramai ibu bapa di Malaysia yang menganggap bahawa susu formula adalah sumber kalsium terbaik untuk tumbesaran anak-anak selain daripada mempunyai gizi yang seimbang seperti yang telah dicanangkan. Sebab itu menjadi pilihan ramai ibu bapa setelah mengalami kekurangan bekalan susu badan dan anak tiada selera makan.



Setelah mempunyai ilmu melalui beberapa seminar pemakanan dan kajian sendiri, ternyata kefahaman ini perlulah diperbetulkan.

Secara amnya susu dari sumber haiwan memang mempunyai gizi yang seimbang untuk tumbesaran anak tetapi ia adalah susu segar dan bukan susu yang telah diproses.
Susu yang telah menjalani proses penghasilan beberapa peringkat menyebabkan kandungan gizi di dalam susu makin berkurang. Jadi keperluan gizi yang diperlukan oleh badan anak tidak diperolehi daripada susu yang diambil.

Kemudian, untuk menjadikan susu lebih menarik dan sedap sehingga membuat anak-anak suka dan ketagih maka ditambah dengan pelbagai aditif yang merbahaya tanpa disedari oleh ibu bapa yang tiada pengetahuan tentangnya.

KANDUNGAN GULA YANG TINGGI - Dilampirkan artikel berkaitan bagi rujukan.

picture2



KANDUNGAN KRIMER BUKAN TENUSU, PERISA TAMBAHAN, PENGAWET DAN PENSTABIL MAKANAN juga adalah bahan-bahan yang perlu diperhatikan oleh ibu bapa sebelum membuat keputusan untuk diberikan kepada anak. Senarai bahan-bahan ini sangat merbahaya untuk kesan jangka panjang terhadap kesihatan anak.

KESAN YANG PERLU DIPERHATIKAN AKIBAT DARI ADITIF MERBAHAYA
  • Anak mengalami kemurungan dan keletihan yang melampau.
  • Anak-anak hiperAktif.
  • Anak-anak mengalami kesukaran untuk tidur.
  • Anak-anak mengalami emosi yang tidak stabil seperti cepat marah.
  • Anak-anak tiada selera makan lebih-lebih lei terhadap makanan yang tiada rasa manis.
ALTERNATIF TERBAIK BAGI MENGGANTIKAN SUSU FORMULA 
Usia bawah 2 tahun
Bagi anak-anak yang belum mencapai usia 2 tahun, pastinya susu yang terbaik adalah susu badan. Jadi jika ibu mengalami kekurangan produksi susu badan, cara terbaik adalah dengan mendapatkan bekalan susu badan dari kenalan yang mempunyai lebihan produksi susu. Ia merupakan sebaik-baik pilihan untuk anak yang anda sayang.
Ramai juga dikalangan ibu yang memilih susu segar sebagai pengganti susu ibu. Di sini terdapat banyak pendapat yang saling bercanggah samada terhadap susu segar dari lembu mahupun kambing. Bagaimanapun, ibu bapa perlu tahu kebaikan dan keburukan yang terdapat pada susu segar sebelum mengambil keputusan untuk diberikan kepada anak seawal bawah 2 tahun.
Usia atas 2 tahun.
Anak-anak yang telah mencapai usia 2 tahun tidak lagi memerlukan susu kerana mereka boleh mendapatkan nutrien dari sumber lain seperti tumbuhan. selain itu, Laktosa (karbohidrat susu) perlu dihadam oleh enzim laktase dan enzim ini mula berkurang di dalam usus selepas usia 2 tahun. Akibatnya laktosa yang diambil tidak dapat dihadam akan menjadi pekasam di dalam perut dan boleh menyebabkan kembung, sakit perut atau cirit birit.
Anak-anak yang masih diberi susu formula pada usia ini juga akan mungkin akan berhadapan dengan masalah anak sukar menerima makanan dari sumber lain (real food) kerana kemahuan hanya tertarik dengan rasa susu akibat dari bahan-bahan tiruan yang dicampurkan ke dalam susu. Menjadikan anak tidak mendapat nutrien yang lengkap untuk tumbesaran yang sihat.

Gantikan kalsium daripada  sumber tumbuhan


No comments:

Post a Comment