Alamak!
Rasa tak layak nak bercakap pasal emosi ni.
Sebab kadang-kadang kitapun tak mampu nak kawal emosi sendiri.
Bila dah berdepan dengan situasi yang boleh mencetuskan kemarahan.
Kalut jugak mencari idea untuk rasa cool.
Selagi tak cool selaku tu tak boleh bertindak dengan rasional.
Tapi ilmu kalau tak dikongsi buat makan sendiri tu tamak namanya.
Eh! boleh ke tamak ilmu?
Istilah lain pentingkan diri.
Oklah...biasa tak kita hadapi situasi camni?
Minta tolong anak ambilkan barang anak tak gerakpun.
Ataupun anak tak nak tolong.
Suruh anak solat mengaji anak malas.
Pergi kedai anak minta macam-macam kita tak bagi dia mengamuk depan orang ramai.
Kita tegur anak, anak melawan?
MESTILAH PERNAHKAN...atau memang selalu?
Seorang ibu dikalangan keluarga pernah datang bercerita pada saya.
Menangis cerita pasal anak yang tak nak dengar cakap.
Suka sakat adik-adik.
Suruh solat tak nak mengaji apatah lagi.
Suka melepak dengan kawan-kawan dan merokok diusia baru belasan tahun.
Bile ditegur suka melawan sampai hati mak ni tadi tak tahan lagi dah.
Saya bagitahu kat dia berdasarkan realiti yang selalu nampak anak itu diperlakukan.
Anak tersebut sangat kurang dipuji malah sering dibanding-bandingkan dengan abangnya yang memang baik.
Bila anak tersebut terbuat salah, terus dimarahi.
Mak juga selalu merendah-rendahkan anak kerana anak tak pandai belajar.
Jadi saya minta mak tersebut baiki hubungan dengan anaknya.
Buang segala yang keruh dan ambil yang jernih.
Cuba jadi teman yang baik kepada anak.
Kenapa anak-anak suka berkawan diluar?
Sebab kawan-kawan suka puji.
Kawan-kawan hargai apa yang dia buat.
Kawan-kawan menjadi pendengar setia.
Jadi buat seperti apa yang kawan-kawan anak ni buat.
Kawan-kawan tak pernah ambil kisahpun dia pandai ke tak.
Bila hubungan dah terbina dengan baik.
Segala suruhan mak dituruti dengan rela hati tanpa paksaan.
Setakat tu jelah yang saya bagitahu. Tak tahulah mak tu buat ataupun tak.
-------------------------------------------------------------
Sebenarnya, emosi kita dan anak tak jauh bezapun.
Kita yang dah beranak pinak nipun kembang semangkuk kalau dipuji.
cuba kalau suami tegur kita buat salah.
Mula masam mencuka tak bertegur dua tiga hari.
Jadi, kena selalu empati dengan anak.
Letakkan diri kita ditempat anak-anak.
Kita selalu meletakkan harapan yang tinggi pada anak.
Padahal kita tak tahupun level kemampuan anak kita.
Setiap anak mempunyai level kemampuan dan karakter yang berbeza.
Nak didik anak kena tahu dua perkara ni.
KARAKTER DAN KEMAMPUAN ANAK.
Anak sulung seorang yang penyayang dan mudah mesra.
Anak kedua seorang yang keras kepala dan susah nak mesra.
Anak sulung mudah je ingat kalau kita ajar.
Anak kedua ajar berkali-kalipun tetap susah nak ingat.
Dah tahu karakter dan kemampuan anak.
Dekati anak menggunakan pendekatan yang berbeza.
Tetapi tetap meraikan emosi kedua-duanya.
1) Puji anak kalau buat perkara positif.
KHADIJAH anak sulung saya memang seorang yang lembut hati.
Seorang yang sensitif dan mudah mendengar kata.
Kalau dia tertumpah nasi ke lantai dia akan cakap.
"Ummi...kakak minta maaf kakak tak sengaja."
Jadi ummi akan cakap.
"Takpe kakak, kakak bukan sengajapun. Kakak tahukan ape nak buat?"
Jadi dia kan terus ambil penyapu dan sapu.
Kita pujilah sikitkan supaya dia rasa berbunga-bunga dan suka dengan kebaikan yag dia buat.
KHAZINAH anak kedua ni dia lain macam sikit.
Hati sedikit keras dan susah nak terima arahan.
Pernah satu situasi.
Khazinah makan nasi goreng kat ofis kecil saya.
Sebelum tu memang dah pesan tak boleh makan di situ.
sambil makan sambil panjang meja dan lompat-lompat.
Tegur tapi tak jalan.
Senyum je lepas tu jawab.
"Kejaplah...kejaplah..."
Tak lama lepas tu dia tersepak mangkuk yang masih berbaki sikit nasi goreng.
Dia boleh buat tak tahu dan terus main.
Saya cakap kat dia dalam nada yang lembut.
"Dik...dah buat salahkan. Kena buat apa?"
Dia senyum je siap boleh baring-baring lagi depan kita.
Mula nak marah dah tapi sabar lagi.
Sebab tahu kalau marah lagi tak jadi apa.
Saya cuba lagi dalam nada yang masih lembut.
"Adik...kalau kita dah buat salah kena la bertanggungjawab. Mana boleh biar macam tu je."
"Kejap lagilah...adik ngantuk ni. Nak tidur dulu".
Nampak macam tak boleh berlembut. Saya guna pendekatan yang sedikit tegas.
"Adik! suka tak kalau ummi buat rosak barang adik lepas tu ummi buat tak tahu je?
Ummi ambil baju adik, ummi gunting.
Ummi ambil beg adik, ummi conteng.
Suka ke?"
Khazinah ngeleng je sambil cebir bibir.
"Ha...ummipun tak suka adik buat rosak tempat ummi, lepas tu adik buat tak tahu je. Sekarang adik tahukan nak buat apa? Ambil mangkuk dan sudu tu bawa ke dapur. Lepas tu ambil penyapu kecil dan sapu"
Nampak masih tak jalan dengan cara kedua. Tetap kaku diperbaringan. Ikutkan hati memang nak naik tangan je lepas tu nak sapu sendiri. Tapi fikir nak dia belajar bertanggungjawab. Jadi cuba cara ketiga.
"Oklah! kalau adik tak nak bersihkan ummi tak kasi adik masuk tempat ummi lagi. Ummi kira sampai sepuluh, kalau adik tak gerak ummi suruh adik keluar ye. satu...dua...tiga..."
Khazinah bangkit ambil mangkuk dan sudu bawa ke dapur.
saya hulurkan penyapu kecil untuk dia selesaikan tugas membersih nasi yang tumpah.
Masa dia tengah sapu tu saya duk puji.
"MashaAllah...bagusnya adik ni. Dia dah buat sepah dia sapulah. Macam ni lah Allah suka, ummipun sayang."
Lepas kena puji muka terus berubah gembira. Bukan tempat tu je dia sapu. Tempat lainpun dia bersihkan.
Haha...nampak tak kuasa pujian?
Walaupun dah bertegas dengan dia akhirnya rasa gembira dengan kerja yang dia buat.
2) Beri peluang pada anak perbaiki kesilapan
Biasanyalah...kalau anak terbuat silap. Mesti kita kan terus marah.
Contohnya:
Anak terpecah cawan kaca.
"Ha...siapa suruh pegang cawan ni. Kan dah pecah.Pap"
Ditamparnya tangan anak tu. Padahal kita yang letak kat tempat yang dia boleh capai.
Anak ni apa yang dia nampak semua dia nak cuba pegang. Little Scientist la katakan...
contoh lagi:
Kita tengah buat kerja kat dapur. Tetiba dengar anak-anak bergaduh. Si adik sebut perkataan BO**H pada kakak.
Kitapun menyirap dengar.
Tak pernah sebutpun tetiba keluar perkataan tu dari mulut anak.
Terus pergi ke si adik dan marah-marah.
"Eh! mana dapat perkataan ni? Mak tak pernah ajarkan? cakap lagi mak tampar mulut tu ye."
-----------------------------------------------------------------------------------------
Agak-agakla kan dah betul ke cara didik kita tu?
Anak akan terpinga-pinga.
Tak dapat apa-apa pembelajaranpun melainkan rasa diri tu sering dipersalahkan je.
Saya dulupun macam tu jugaklah.
Tapi sejak dah belajar sikit pasal emosi anak ni cuba sedaya upaya guna peluang yangada untuk membentuk karakter positif dari kesalahan yang anak-anak buat.
Pernah satu ketika tu saya tengah sibuk kat dapur.
Dengar Khadijah dan Khazinah bergaduh.
Lepas tu melantun-lantun dengar khazinah cakap BO**H
Sebelum ni pernah dengar si kecil Fatimah cakap benda yang sama pada Abinya.
Terkejut sebab tak tahu mana dia dapat perkataan tu.
Selamba je Fatimah marah kat Abi cakap benda tu kat Abi.
Abi jenis cool je. Dia tak layan. Cuba tak bagi perhatian dengar perkataan tu. Ubah fikiran Fatimah ke arah lain. Main timbnag-timbnag. Pastu dia suka tak cakap lagi dah.
Tahu dah la dari mana Fatimah dapat perkataan negatif tu.
Saya datang dekat dengan Khazinah yang masa tu tengah nak lekatkan lukisan dekat dinding.
Saya panggil lembut.
"Adik...sini kejap boleh?"
"Jap ummi. Nak lekatkan kertas ni."
Tak lama lepas tu Khazinah datang kat ummi.
Macam biasalah gaya dia...datang sambil senyum dan lompat-lompat.
"Adik...ummmi panggil adik ni sebab ummi nak cakap kat adik, ummi sayang adik kerana Allah. Adik sayang ummi tak?"
Khazinah angguk tersenyum.
"Tadi ummi dengar adik cakap perkataan...emm...apa tu?"
Khazinah buat muka bersalah. Memang dia fahamlah tu perkataan tu tak baik.
"Tahu tak ape makna tu?" Khazinah menggeleng.
"Bila adik cakap perkataan tu pada kakak maksudnya adik doakan kakak tak pandai. Kakak baik, dia tak balas cakap benda yang sama. Tapi kalau adik cakap pada orang lain lepas tu orang balas pada adik. Dia doakan adik pulak tak pandai. Nak ke jadi tak pandai? Belajar-belajar tapi tak pandai."
Khazinah mengeleng terus hulurkan jari pada kakak. Nak buat buat perjanjianlah tu tak buat lagi...
"Ok...adik tahu perkataan tu tak baik. Jadi jangan ulang cakap benda yang sama. Kalau rasa geram kat kakak atau orang lain sebut PANDAI. Nanti doa tu berbalik pada kita. Kitpun jadi pandai. Faham tak?"
"Ooo...ok. Baik Ummi. Nanti adik cakap kat kawan-kawan"
Biasanya kalau kita bertindak dengan meraikan emosi anak-anak, maka akan berakhir dengan perkara yang positif. Anak belajar sesuatu.
Tapi cuba bayangkan kalau kita terus marah anak dan bagi amaran tanpa apa-apa penjelasan. Memang anak-anak takkan faham. Depan kita mungkin dia tak sebut dah sebab takut kena tampar. Tapi belakang kita? Sebenarnya kita sedang menjadikan anak kita penakut dan menipu. Jadi kena hati-hati dengan setiap reaksi kita terhadap kesalhan-kesalahan yang anak buat.

No comments:
Post a Comment