Flora bakteria usus merupakan jenis bakteria yang terdapat di dalam usus manusia. Ia wujud secara simbiosis dengan kita sebagi hosnya. Ia mula bertapak di dalam usus sejak bayi lagi melalui 'birth canal' dalam proses kelahiran.
Lebih dari 180 jenis bakteria di dalam usus terdiri daripada bakteria yang berguna/ baik yang dipanggi PROBIOTIK termasuklah Bifidobakteria dan Loctabacillus.
Kebaikan Probiotik
Kehadiran bakteria berguna / baik di dalam usus memberi banyak manfaat buat tubuh anak-anak kita. antaranya:
- Menghalang dan merawat alahan yang disebabkan oleh makanan lantas meredakan radang usus.
- Menghalang 'kebocoran' usus (leacky gut)
- Menghalang dan meredakan cirit birit yang diakibatkan oleh jangkitan kuman.
- Melindungi/ mengurangi bilangan dan jangkitan kulat candida yang boleh menyebabkan alahan.
Sumber Probiotik
Probiotik adalah bakteria baik yang terdapat di dalam tubuh manusia. Ia juga boleh diperolehi daripada sumber makanan/Minuman yang diambil oleh kita sehari-hari dari bahan-bahan yang diperam seperti yogurt, tempe, cuka dan sebagainya.
PROBIOTIK VS ANTIBIOTIK
Untuk menghuraikan antara keduanya, saya lebih suka mengambil dari sudut perubatan oleh orang yang ahli di dalam bidang ini. Jadi saya lampirkan post yang pernah diketengahkan oleh Dr.Suriyakhatun berkaitan hal ini.
Tajuk , Antibiotik adakah masanya sudah berakhir ?
Banyak terima kasih kepada Dr Nur Asyhraff kerana menterjemahkan apa yang saya tulis dari BI ke BM
Untuk tatapan yang lebih mahir berbahasa Melayu.
Untuk tatapan yang lebih mahir berbahasa Melayu.
“It is ironic that this humble fungus, hailed as a benefactor of mankind, may by its very success prove to be a deciding factor in the decline of the present civilization.”
-Dr. John I. Pitt, The Genus Penicillium, Academic Press, 1979
Sebagai seorang doktor perubatan, perasaan saya bercampur-campur apabila saya menulis tentang artikel mengenai antibiotik. ia nampak seolah-olah tiada langsung kebaikan antibiotik tetapi tidak dinafikan bahawa antibiotik telah menyelamatkan jutaan nyawa sewaktu masalah bacterial resistance (kekebalan bakteria) tidak menjadi suatu masalah besar seperti sekarang. betapa banyak antibiotik yang biasa saya gunakan dahulu sekarang tidak berguna disebabkan kekebalan bakteria yang semakin kuat dan kedapatan banyak penyakit-penyakit baru disebabkan penggunaan antibiotik yang tidak terkawal antibiotik bukanlah satu-satunya cara untuk merawat jangkitan. beberapa kes yang saya kongsikan ini dapat membantu anda memahami pernyataan saya ini:
Saya pernah merawat seorang kanak-kanak berumur 5 tahun dengan serangan bisul yang sangat banyak di badannya dan serangannya berulang-ulang walaupun sudah dirawat.
Setiap kali dia menghidap masalah ini, dia akan diberikan antibiotik oleh pegawai perubatan di klinik swasta. masalahnya hilang sebentar dan timbul kembali apabila antibitoik sudah habis selepas seminggu. Masaalah ini berterusan, sehinggalah si ibu mengambil keputusan untuk bertemu dengan saya. Kanak-kanak itu sudah mengambil 3 jenis antibiotik sehinggalah ibunya berputus asa dengan antibiotik dan akhirnya bertemu saya.
saya menekuni masalahnya satu persatu, lantas saya memberikannya Arnica (ubat homeopathy).
saya menekuni masalahnya satu persatu, lantas saya memberikannya Arnica (ubat homeopathy).
Selepa sebulan, ibunya dapat dengan wajah yang gembira dan tersenyum lantas berkata:
"Selepas dos pertama Arnica, lebih banyak bisul yang tumbuh, tetapi ianya lebih kecil. mulanya saya berasa risau kerana ianya nampak lebih parah dari sebelumnya, namun setelah beberapa ketika bisulnya pecah dan kering. Jika sebelum ini bisulnya akan tumbuh kembali berturut-turut, kini anak saya cerita tanpa masalah bisul lagi!"
Benar, antibiotik memang boleh membunuh bakteria yang menjadi punca utama kepada masalah bisul. Namun begitu, selepas bakteria dihapuskan menggunakan antibiotik, masalah yang sama berulang kerana masalah yang utama ialah sistem immun (pertahanan) badan tidak mampu berhadapan dengan bakteria yang sememangnya selalu wujud dan menyebabkan bisul pada sesetengah orang yang mudah terkena bisul. antibiotik digunakan adalah seperti tentera upahan untuk membunuh musuh, walhal masalah yang utama ialah sistem pertahanan diri yang lemah.
Kebiasaan sifat antibiotik adalah mempunyai spektrum yang luas. Ini bermaksud ia membunuh semua jenis bakteria, tanpa mengenal bakteria baik atau bakteria jahat. sebenarnya badan kita mempunyai bakteria semulajadi yang baik. membunuh bakteria baik akan mengganggu seterusnya melumpuhkan lagi sistem pertahanan badan kita
Benar, kita memerlukan antibiotik jika serangan bakteria tersebut menyebabkan jangkitan teruk. namun begitu, beberapa tahun kebelakangan ini, antibiotik sudah tidak lagi menjadi senjata ampuh melawan bakteria kerana ia menjadi semakin kebal. peggunaan berterusan antibiotik menyebabkan ia tidak lagi sekuat dahulu, juga menyebabkan pembiakan bakteria baru yang tidak mampu dibunuh oleh antibiotik ini. tambahan pula, keseimbangan bakteria baik semulajadi di dalam sistem pencernaan kita terganggu dengan antibiotik ini lantas merosakkan sistem penghadaman, seterusnya menganggu sistem pertahanan badan.
Baru-baru ini, ada satu laporan mengatakan sejenis antibiotik yang kuat iaitu Carbapenems, adalah pilihan untuk melawan jangkitan di hospital (bakteria di hospital adalah lebih kuat), sudah tidak lagi kuat seperti sebelumnya disebabkan oleh kekebalan bakteria.
Laporan ini mempunyai maknanya yang tersendiri kepada saya, kerana saya kehilangan dua orang saudara rapat saya disebabkan oleh jangkitan kuman di hospital. Pakcik saya dimasukkan ke hospital pada awalnya kerana mengalami pendarahan dalam usus, beliau demam sedikit sewaktu keluar dari hospital. beberapa bulan kemudian, beliau dimasukkan semula kerana lumpuh secara tiba-tiba. rupa-rupanya ada nanah di dalam tulang belakangnya, dan beliau meninggal dunia apabila nanah itu pecah meracuni darahnya. nanah di dalam tulang belakangnya berpunca daripada jangkitan sewaktu beliau ditahan di hospital tempoh hari. sewaktu beliau demam, beliau telah diberi beberapa jenis antibiotik tetapi ianya tidak dapat mengatasi jangkitan tersebut
Manakala kisah kedua, makcik saya yang menghidap kencing manis, menjalani pembedahan by-pass jantungnya, dan ianya berjaya. walaubagaimanapun, kaki di mana urat darahnya diambil, mendapat jangkitan dan kakinya terpaksa dipotong. sebelah kakinya yang pada mulanya dalam keadaan baik, akhirnya juga terpaksa dipotong. seminggu kemudian, beliau juga meninggal dunia akibat jangkitan keracunan dalam darahnya, meskipun mendapat dos antibiotik yang tinggi. ianya juga berpunca daripada jangkitan bakteria di dalam hospital.
Dalam manusia dewasa, terdapat banyak bakteria dan kulat yang baik tinggal dalam usus anda. kuman-kuman baik ini bersaing untuk mendapatkan nutrient daripada makanan yang anda makan. kuman-kuman baik ini juga menghasilkan beberapa vitamin seperti vitamin B yang bermanfaat untuk anda.
Penggunaan antibiotik secara tidak terkawal secara berulang-ulang juga menyebabkan kulat membiak di dalam usus anda. walaupun kulat adalah organisma yang baik dalam usus anda, antibiotik yang digunakan menyebabkan ia membunuh bakteria baik dan ini menyebabkan ketidakseimbangan di dalam usus anda menyebabkan kulat spesis candida membiak dengan tidak terkawal. apabila ia membiak dengan tidak terkawal, terutamanya apabila ia mendapat gula sebagai sumber tenaga. kulat ini menyebabkan pesakit mendapat leaky gut syndrome
Kulat ini jugalah yang menyebabkan pesakit ketagihan gula dan karbohydrat seperti pasta, roti, gula pasir, dan kentang. ini seterusnya menyebabkan peningkatan berat badan dan komplikasi penyakit
Leaky gut ini menyebabkan alahan makanan kerana makanan separa hadam boleh terus ke salur darah tanpa dicerna, melalui lubang-lubang akibat tindakan kulat ini tadi. Apabila makanan yang belum hazam sepenuhnya masuk kedalam saluran darah, sistem pertahanan badan mengenali mereka sebagai benda asing dan terus menyerangnya menyebabkan kita mengalami alahan makanan.
Leaky gut ini menyebabkan alahan makanan kerana makanan separa hadam boleh terus ke salur darah tanpa dicerna, melalui lubang-lubang akibat tindakan kulat ini tadi. Apabila makanan yang belum hazam sepenuhnya masuk kedalam saluran darah, sistem pertahanan badan mengenali mereka sebagai benda asing dan terus menyerangnya menyebabkan kita mengalami alahan makanan.
Meskipun kita cuba mengelak daripada mengambil antibiotik, kita masih berhadapan dengan ancaman ini kerana binatang ternakan biasanya sudah disuntik dengan antibiotik dan ianya memang sudah sebati dengan darah daging ternakan tersebut! solusinya? belilah daging organik ataupun yang dicop bebas antibiotik
Adalah tidak adil jika dalam menimbulkan persoalan dan permasalahan tersebut, saya tidak berikan penyelesaiannya. ini beberapa cadangan yang saya fikir baik untuk anda.
1. binalah sistem pertahanan diri anda dengna mengambil prebiotics setiap hari untuk memastikan bakteria baik dalam usus yang mendapat nutrient secukupnya dan elakkan memakan makanan yang telah diproses yang mengandungi banyak gula. gula akan dimakan oleh kulat, dan selulosa akan dimakan oleh bakteria jahat, dan gula tidak larut inilah yang dimakan oleh bakteria baik. gula jenis tidak larut ini terdapat getah arab, lactulos dan pektin.
pastikan anda mendapat karbohidrat kompleks yang seimbang dan protein secukupnya dengan sedikit senaman yang berterusan!
pastikan anda mendapat karbohidrat kompleks yang seimbang dan protein secukupnya dengan sedikit senaman yang berterusan!
2. ambil probiotics selepas anda mendapat antibiotik untuk membina kembali bakteria baik di dalam usus anda. probiotic semulajadi seperti yogut dan kimchi juga baik.
3.minta doktor anda berikan anda nystatin (sejenis antifungal) sewaktu anda mengambil antibiotik tersebut. ini membolehkan populasi kulat dalam usus anda dapat dikawal
4. Ambil rawatan yang semulajadi seperti homeopathy, akupuntur, rawatan resonan selular, terapi magnetic pulse, daripada menggunakan antibiotik. rawatan-rawatan ini baik kerana ia menggunakan sistem pertahanan badan berbanding membunuh organisma tersebut di dalam badan.
Awas: Jangan pula tolak antibiotik bila ada indikasi penting untuk mengambilnya . Adakalanya antibiotik perlu dan tidak mengambilnya boleh membawa mudarat yang besar.
Pendapat mainstream
http://www.nhs.uk/…/leaky-gut-syndr…/Pages/Introduction.aspx
Kesimpulan
Pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik sangat penting bagi keharmonian usus dan membantu menguat sistem pertahanan badan. Ia merupakan benteng utama bagi menghalang kemasukan bakteria-bakteria jahat yang boleh mengakibatkan kesan buruk pada badan. Kekuatan sistem pertahanan menjadi faktor utama tahap kesihatan seseorang samada dalam keadaan baik atau sebaliknya.
Kesimpulan
Pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik sangat penting bagi keharmonian usus dan membantu menguat sistem pertahanan badan. Ia merupakan benteng utama bagi menghalang kemasukan bakteria-bakteria jahat yang boleh mengakibatkan kesan buruk pada badan. Kekuatan sistem pertahanan menjadi faktor utama tahap kesihatan seseorang samada dalam keadaan baik atau sebaliknya.
No comments:
Post a Comment