Bagaimana nak elak anak makan junk food dalam situasi getir

Harini saya hadiri satu program di gombak. Masuk kelas nampak ada bungkusan gula-gula atas setiap meja dalam kelas tu. Cantik packagingnya...saya ambil tempat untuk duduk. Gula-gula atas meja saya serahkan kepada orang sebelah kanan sebab kalau boleh memang nak elak makan gula-gula.

Datang seorang kawan duduk sebelah kiri saya. Dia ambil peket gula-gula atas mejanya dan cakap pada saya,

"Eh...ini kalau anak-anak nampak ni memang naya ni. Tak kasi makanpun nak jugak. Camne kak ye nak kasi anak-anak ni dengar cakap? Kita tak boleh, tak boleh, nak jugak"

Tak peliklah orang duk tanya soalan ni pada saya sebab memang ramai kawan-kawan kenal yang saya ni sangat menjaga pemakanan anak-anak walaupun tak 100%.

"Dengan anak-anak ni kena banyak bermain dengan emosi. Walaupun gula-gula tu tak bagus...kalau dah dapat kat tangan dia jangan terus cakap jangan makan. Bagi dia pegang dulu..."

Tak sempat habis ayat, penceramah masuk...setakat tu je lah sempat share pengalaman dengan kawan tadi.

Sebenarnya memang semua mak-mak pernah hadapi situasi yang sama macam ibu tadi. Macam tu jugaklah saya. Mula-mula dulu memang itu jugalah cara yang saya guna. Tegah terus anak-anak makan junk food dan terus cakap "Tak boleh!". Bagi kita mungkin menegah terus anak daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak baik adalah cara terbaik. Tapi perasan tak? anak-anak ni lagi kita tegah lagi dia nak buat. Makin berapi kita dibuatnya. Akhirnya kita juga yang stress...

Sebelum tahu pendekatan emosi saya memang guna cara tegahan. Anak buat tu tak boleh, anak buat ni tak boleh. Lepas tu apa jadi?  Samada anak dengar cakap lepas tu memberontak pada kita ataupun dia buat tak tahu dan tetap buat perkara yang kita tak bagi dia buat.

Teringat peristiwa sorang kawan datang  ziarah saya di rumah. Kebetulan kawan tu baru balik dari kursus pendidikan anak bersama Dr.Puteri Afzan (pengasas Kinderkaizan). Ilmu yang beliau dapat dikongsikan dengan saya. Masa tu rasa macam Allah memang sengaja nak hantar kawan ni untuk ajar saya cara mendidik anak dengan pendekatan emosi. Barulah saya tahu rupa-rupanya ada je cara yang lebih baik untuk kita gunakan dalam pendidikan anak-anak. Bukan semata-mata pendekatan yang keras buat anak makin patah dan jauh hati dengan kita.

Beberapa minggu lepas tu, saya hadiri hari pembukaan Kinderkaizen. Dapatlah dengar terus perkongsian dari Dr. Puteri Afzan tentang ilmu sosio-emosi. 

Selepas daripada tu, saya cuba aplikasikan ilmu yang saya dapat daripada beliau. Alhamdulilah pendidikan anak-anak menjadi lebih mudah. Anak-anak lebih  mudah memahami, mendengar kata dan dibentuk. Subhanallah...ilmu Allah ni sungguh luas. Cuma kita kena selalu doa ditunjukkan jalan dan rajin mencari ilmu.

Jadi, bagaimana nak elak makan junk food?

Tanang dan betulkan niat ikhlas kerana Allah.

Jika kita adalah mak ayah yang prihatin, semestinya tiada junkfood di rumah. Jadi masalah pergaduhan dengan anak pasal junk food tidaklah berlaku.

Biasanya keadaan teruji apabila kita berada di luar. Samada di rumah mertua, kawan-kawan, di pasaraya atau menghadiri aktiviti sosial lain.

Tetiba anak datang pada kita dan kata...

"Ummi...ni gula-gula nenek kasi."

"Ummi...tadi ada orang kasi keropok ni."

Kalau pihak ketiga tu yang terus bagi junk food depan kita lagi parah.

"Nah gula-gula mak cik hadiahkan"

Jika situasi ni berlaku jangan sesekali gelabah dan tunjuk sangat yang kita tak suka. Akan mengakibatkan hubungan dengan pihak ketiga menjadi retak. Anak-anak yang melihat juga akan belajar sesuatu yang tidak baik dari kita iaitu adab.

Kena bersifat tenang dan bertindak secara rasional tidak mengikut emosi. Kadang-kadang bila kita bertindak ikut emosi, hati sudah lari dari niat sebenar iaitu ikhlas kerana Allah.

Camane bertindak ikut emosi.?

Terus ambil junk food yang dihulurkan dan sorokkan lepas tu cakap "tak boleh! tak bagus ni."

Kalau anak meraung kat situ jugak lagi susah nak kawal keadaan.

Perlahan-lahan cakap pada anak

Jika situasi getir seperti di atas berlaku. Biarkan dahulu anak ambil...lepas tu baru kita mulakan strategi berhikmah.

Anak-anak saya selalu berhadapan situasi macamni bila pergi mana-mana sebab selalu jumpa orang-orang yang baik dan murah hati nak bagi sesuatu pada anak. Baguslahkan sifat tu...cuma kita rasa tak bagus sebab jenis barang yang dia bagi tu memudaratkan. Jadi, selesaikan antara kita dengan anak.

Bila anak dah pegang...perlahan-lahan kita dekat dengan anak dan letakkan dipangkuan. Usap-usap dan belai anak supaya dia rasa berbungan dan rasa disayangi.

Lepas tu cakaplah pada anak..

"Kakak...ummi sayang kakak. Kalau boleh ummi nak benda yang baik-baik je masuk dalam badan kakak. Supaya otak kakak jadi pandai dan badan kakak sihat tak mudah sakit."

sambung lagi...

"Benda yang kakak pegang ni tak baik untuk badan kakak. Kalau kakak makan boleh rosakkan badan kakak. Nanti dah tak boleh main dan belajar lagi. ummipun sedihla kalau kakak sakit"

Percayalah...anak-anak dengan sendirinya akan beri junk food tadi pada kita. Lepas tu siap cakap. "Nah la ummi...kakak tak nak la sebab tak baguskan?"

Sediakan pilihan yang lebih baik...

Kita tahu, sebenarnya jiwa anak sangat berkehendakkan junk food tu. Lebih-lebih lagi bila tengok kawan-kawan semua boleh makan. Sedih hati sebenarnya tapi sebab ummi tadi dah belai dengan penuh kasih sayang tak sedap hati anak kalau buat ummi sedih.

Jadi janganlah dibiarkan jiwa anak tu selelu kecewa tak dapat makan junk food. Balik rumah cubalah google snek berkhasiat dan buat untuk anak-anak. Biar diorang rasa hepi...rupa-rupanya ummi faham yang anak-anak ni nak juga makan macam kawan-kawan.

Beri pendidikan makanan secara berulang kali.

Kita dah jangka banyak perkara-perkara diluar jangkaan dan kehendak kita akan berlaku jika berada diluar. Jadi, sediakan payung sebelum hujan. Teruskan memberi kefahaman kepada anak tentang bahaya junk food.  Pendidikan yang berterusan dan secara berhikmah mampu membuatkan anak kita mampu memahami dengan baik dan berdikari walaupun tanpa mak ayah di sisi.

Saya pernah tinggalkan Khadijah dan Kazinah yang waktu tu baru berumur 3 dan 4 tahun di rumah kakak. Sebelum sampai di rumah kakak dah pesan, makan makanan yang baik-baik je. Kalau diberi makanan yang tak elok tolak dengan baik.

Apa yang berlaku?

Masa ambil anak, kakak cerita yang anak tak nak makan biskut coklat yang dia bagi. Lepas tu siap bagi nasihat percuma tak baik makan junk food sebab banyak gula.

Pernah juga Khadijah masuk acara sukaneka cari gula-gula dalam tepung. Masa tu umur dia 4 tahun jugak. Khadijah kalah...sebab masa dia tiup tepung dia ternampak gula-gula dan terus berhenti sedangkan kawan-kawan lain excited sangat nampak gula-gula.

Banyak jugaklah peristiwa-peristiwa yang anak-anak mampu membuat keputusan sendiri tanpa kita masuk campur. Sebab anak-anak dah mula faham. Tapi ada juga keadaan anak-anak rasa tak boleh tahan dengan makanan mudarat yang pelbagai. Dalam situasi yang saya rasa anak-anak nak sangat, dan tiada pilihan lain yang nak diberi saya bagi jugak mereka rasa tapi dalam kuantiti yang minimum. Sambil makan tu minta anak-anak doa. "Bismillah, jauhilah kami dari mudarat makanan ini dan datangkanlah manfaatnya untuk badan kami."

Sekian...

Setakat inilah pengalaman yang saya dan suami alami. Semakin banyak cabaran yang saya hadapi semakin matang saya nak menghadapi sesuatu situasi. Walaupun kadang-kadang bertindak ikut emosi, cepat-cepat untuk betulkan keadaan mengenangkan kesan jangka panjangnya pada anak-anak. Semoga membantu...

No comments:

Post a Comment