Otak dan kemampuannya

Pertama kali saya belajar pasal otak manusia semasa mengikuti Kursus Pembangunan Anak anak Nury 3 tahun lepas. Memang saya sangat teruja dan sangat kagum dengan kehebatan otak yang Allah cipta ni. Bagi kebanyakan peserta masa tu mungkin tak teruja seperti saya sebab kabanyakan daripada aliran sains dan dah biasapun dengar istilah-istilah yang berkaitan dengan otak ni. Termasuklah suami yang duduk sebelah masa tu. Tapi saya yang dan nak masuk 30 an ni baru nak belajar pasal otak memang sesuatu yang amat baru dan menyeronokkan smpai mulut ni tak henti-henti menyatakan kegaguman semasa penceramah present pasal otak. Suami pandang semacam je...kalakar pulak bila ingat semula.

Sebab seronok sangat belajar pasal otak ni, setahun selepas tu pergi belajar lagi nak lebih mantapkan kefahaman tentang otak yang sungguh hebat ni.


Jadi kenapa agaknya otak anak kita ni hebat?

Saya cuba untuk sampaikan dalam bahasa yang mudah je supaya orang yang paling rendah tahap sukar nak faham macam saya ni boleh faham.

Otak ni merupakan organ yang paling penting yang terdapat pada manusia. Ini kerana otak anak kita (termasuk kitalah) merupakan pusat atau tempat kawalan segala aktiviti badan manusia. Otak mengawal kemampuan penglihatan, pendengaran, sentuhan, gerak-geri, pertuturan, daya tangan termasuk menghidu dan merasa. Jika baik keadaan otak anak maka baiklah seluruh badan. Begitu jugalah sebaliknya. Jadi, jika bercakap pasal pembangunan anak sebenarnya kita sedang bercakap pasal pembangunan otak anak. 

Nak anak pandai bercakap dengan fasih, nak anak cepat berjalan dan berlari, nak bina emosi anak supaya tidak mudah tantrum, nak anak fokus dan mudah menghafal, semuanya berkaitan dengan pembangunan otak. Lambat atau cepatnya anak kita mengetahui sesuatu perkara sebenarnya bergantung kepada cara kita membantu anak untuk membangunkan fungsi otaknya. 

Kapasiti otak manusia

MashaAllah...menurut kajian terkini kehebatan satu otak manusia bersamaan dengan kehebatan seluruh CPU di dunia.

1 human brain = world total CPU power

Menurut kajian yang dilakukan lebih 30 tahun lepas pula, otak manusia mampu menyimpan sebanyak 125,500,000,000,000 unit maklumat, iaitu melebihi maklumat yang disimpan oleh arkib negara US iaitu sebanyak 12,500,000,000,000.

Ha...Hebat tak hebat? Maunya tak terlopong saya.

Bagaimana otak manusia membangun?

Otak manusia terdiri daripada 7 tahap:

Medulla Oblongata --> Pons --> Otak tengah --> Korteks permulaan --> Korteks awalan --> Korteks Primitif --> Korteks tertinggi.

Setiap otak ini terbangun mengikut tahap bermula pada tahap Medulla Oblongata, diikuti tahap seterusnya sehinggalah mencapai tahap Korteks Tertinggi.

Otak manusia membangun apabila ia digunakan. Lebih banyak otak diisi, lebih besar kapisiti yang boleh terkandung.

Keteguhan sesuatu tahap amat bergantung pada tahap sebelumnya.

Kalau nak tahu, pembangunan otak boleh berhenti, boleh diperlahankan dan yang paling penting ia BOLEH DIPERCEPATKAN.

Maksudnya apa?

Contohnya: 

Anak yang dilahirkan dalam keadaan cacat penglihatan sebenarnya mempunyai potensi untuk melihat jika fungsi otaknya dijalankan dengan cara merangsang deria penglihatannya dengan kehadiran cahaya. Maka struktur otak akan mula membangun tahap demi tahap.

Sekiranya fungsi otak tidak dijalankan maka struktur otak akan mati.

Lebih kerap aktiviti rangsangan dibuat maka akan lebih cepatlah ia mencapai kemampuan untuk melihat.

Membangunkan otak pada usia 6 tahun pertama.

Perasan tak? anak-anak kecil sangat mudah ingat sesuatu peristiwa dan ingatan tu akan kekal. Sebab tu kalau kita ajar anak menghafal di usia 3 tahun, lebih mudah berbanding anak yang berusia 10 tahun. 

Saya perasan pada anak-anak saya. Kadang-kadang kitapun terkejut bila anak yang dah berusia 6 tahun boleh ingat peristiwa yang berlaku padanya semasa usia  4 tahun. Perkara ni kerap berlaku dan buat kita rasa kagum dengan kuasa ingatan yang anak-anak miliki.

Sebenarnya ia sangat terkait rapat dengan PEMATANGAN RANGKAIAN SINAPS yang terdapat pada struktur neuron (sel saraf otak yang bertindak memindahkan maklumat dalam bentuk elektrik yang terhasil dari rangsangan dan menghasilkan tindakan).

Rangkaian sinaps yang terdapat pada struktur neuron menjadi matang mengikut peringkat usia. 

25% waktu lahir.
50% umur 6 tahun
85% umur 3 tahun
95% umur 6 tahun
Baki 5% akan terbangun selepas usia 6 tahun

Pematangan rangkaian sinaps ini berlaku dengan pesat pada usia sekitar 2 hingga 4 tahun. Maka pada usia ini merupakan usia yang terbaik untuk menerapkan pendidikan awal seperti pembentukan karakter, hafalan hadis dan AQ dan sebagainya. Fasa ini menentukan pembentukan anak-anak pada masa hadapan kerana ia akan bersifat kekal.

Pada fasa ini jugalah kita perlu berhati-hati terhadap persekitaran yang boleh merosakkan keadaan otak anak. Kerosakan/ kecederaan otak pada fasa ini akan menyebabkan kerosakan pada tubuh dan mungkin juga akan mengakibatkan kerosakan yang bersifat kekal.


Bagaimana otak anak boleh tercedera?

Secara fizikal, otak manusia sangat terlindung oleh bahagian yang terdapat pada kepala yang dipanggil tempurung kepala. Dalam tempurung pula terdapat cecair yang melindungi otak daripada tercedera akibat goncangan atau hentakan melainkan terhadap hentakan yang kuat.

Bagaimanapun, otak manusia merupakan organ yang sangat mudah tercedera akibat dari faktor persekitaran seperti penggunaan gajet yang berlebihan, makanan yang memudaratkan, pornografi dan tekanan perasaan.

Saat ini, gajet dan gaya pemakanan menjadi faktor yang paling banyak menyumbang kepada kecederaan otak anak


Kesimpulannya,

Otak merupakan satu anugerah yang sangat hebat. Amanah ini haruslah sentiasa dipelihara dan dibangunkan.

Kenalpasti perkara-perkara yang boleh membangunkan struktur otak anak dan usaha untuk melaksanakannya seawal usia untuk mencapai tahap pendidikan awal tang terbaik.

Pendidikan awal pada fasa 6 tahun utama merupakan fasa penting untuk diberikan perhatian kerana anak-anak lebih mudah belajar, mamahami, mengingatu dan dibentuk pada fasa ini.

Kenalpasti juga perkara-perkara yang boleh membawa kepada kecederaan otak dan berusaha untuk mengelakkannya.


Wallahualam



No comments:

Post a Comment