Mak Ayah sekarang semakin sibuk dengan urusan harian. Semua benda kalau boleh nak cepat dan mudah, betul tak? Camtu jugak dengan saya...
Akibatnya makanan berproses sering menjadi pilihan.
Bagaimanapun, sebaik ibubapa yang prihatin terhadap pemakanan anak-anak. Kita kena la ambil tahu tentang lambakan produk yang terdapat dipasaran sekarang. Walaupun dicanang sebagai produk yang baik dan berkhasiat, hakikatnya jauh dari apa yang dikhabarkan.
Belajar membaca LABEL PRODUK supaya kita tak mudah ditipu.
Saya bawakan satu contoh produk yang dicanangkan kebaikannya oleh golongan profesional seperti doktor sendiri untuk anak-anak yang mengalami masalah kekurangan zat akibat cerewet makan.
Jom sama-sama kita belajar ye...
===============================================
http://healthbeginswithmom.com/why-pediasure-is-the-worst-thing-you-can-do-for-your-picky-eater/
Menurut artikel di atas, PediaSure adalah satu produk yang telah dihasilkan oleh syarikat gergasi yang bertaraf "Abbott farmaseutikal" iaitu satu badan yang dipercayai sebagai "Global Healthcare Company". Produk ini telah dipasarkan kepada orang ramai sebagai makanan tambahan bagi mengimbangi diet yang tidak sekata akibat pengambilan mekanan yang cerewet dikalangan kanak-kanak.
PediaSure© juga dikatakan terbukti secara klinikal dan dalam setiap botol mempunyai 7g protein dan 25 vitamin. Ia boleh didapati dalam tiga perisa yang diluluskan (vanila, strawberi atau coklat). Ia di datangkan dalam peket yang meraik iaitu dalam bentuk botol "reclosable" yang bermakna sesuai untuk kanak-kanak di mana sahaja!
BAGAIMANAPUN...
BAGAIMANAPUN...
Jika dilihat pada setiap bahan yang terkandung di dalamnya, ternyata tidak semuanya berfaedah untuk menyokong kesihatan anak.
Mari kita lihat pada senarai ramuan yang terdapat di dalam PediaSure ©:
Water, Sugar, Corn Maltodextrin, Milk Protein Concentrate, High Oleic, Safflower Oil, Canola Oil, Soy Protein Isolate. Less than 0.5% of the Following: Short-Chain, Fructooligosaccharides, Natural & Artificial Flavor, Cellulose Gel, Potassium Chloride, Magnesium, Phosphate, Potassium Citrate, Calcium Phosphate, Tuna Oil, Calcium Carbonate, Potassium, Phosphate, Salt, Cellulose Gum, Choline Chloride, Ascorbic Acid, Soy Lecithin, Monoglycerides, Potassium Hydroxide, m-Inositol, Carrageenan, Taurine, Ferrous Sulfate, dl-Alpha-Tocopheryl, Acetate, L-Carnitine, Zinc Sulfate, Calcium Pantothenate, Niacinamide, Manganese Sulfate, Thiamine Chloride Hydrochloride, Pyridoxine Hydrochloride, Riboflavin, Lutein, Cupric Sulfate, Vitamin A Palmitate, Folic Acid, Chromium Chloride, Biotin, Potassium Iodide, Sodium Selenate, Sodium Molybdate, Phylloquinone, Vitamin D3, and Cyanocobalamin.
Menurut Akta Makanan dan Dadah oleh badan Kesihatan Kanada yang mengawal pelabelan makanan, pengeluar mestilah menyenaraikan bahan yang paling berat dan berakhir dengan bahan yang paling ringan. Bermakna bahan yang paling berat akan berada di bahagian senarai paling hadapan dan bahan yang paling ringan di akhir senarai.
Lihat semula senarai bahan di atas. Selepas air, bahan yang paling menonjol adalah gula. Bagaimana ia boleh disyorkan sebagai makanan tambahan jikan bahan kedua adalah gula??? Dengan pelbagai kesan mudarat yang diakibatkan oleh gula, ia masih lagi ditekan untuk dipasarkan untuk keperluan kanak-kanak. Selain itu, nama lain bagi gula yang digunakan dalam penghasilan PediaSure© adalah fructooligosaccharides dan selulosa.
30% daripada kalori PediaSure © 's diperolehi daripada gula. Sesuau yang mengejutkan...
Menurut label pemakanan, satu cawan hidangan mempunyai 240 kalori - 80 kalori diperoleh daripada lemak, 25 dari protein, dan baki 135 adalah daripada karbohidrat. Sesuatu yang menarik perhatian kita di sini adalah pecahan karbohidrat hanya 1 gram serat, dan 18 gram gula bersamaan 4.5 sudu teh gula setiap satu botol PediaSure ©. Inilah sebabnya kanak-kanak sangat menggemari PediaSure ©.
Bagaimana pula dengan protin?
Protein yang diperolehi daripada susu, soya, dan kacang sebagai didapati dalam bentuk pati dan diasingkan bermakna telah menjalani proses penghasilan yang bole menghilangkan nutrient berfaedah berbanding yang terdapat dalam bentuk asal.
Apakah kesan-kesan pengambilan PediaSure © ?
Sebagai ibu bapa yang mempunyai masalah anak yang cerewet dalam pemakanan, mungkin kita akan terpesona dengan segala kebaikan yang dicanangkan kerana ianya cepat dan mudah pada mulanya. Tetapi pergantungan kepadanya boleh membawa kepada masalah jangka panjang termasuk tabiat makan yang buruk dan ketagihan makanan manis.
Sebagai ibu ia adalah tugas kita untuk menyediakan anak-anak kita dengan pemakanan yang terbaik, dan sekarang kita tahu bahawa PediaSure © adalah pilihan minuman yang salah. Gula, minyak GMO dan pengisi, protein yang diproses dan perisa palsu jauh dari nutrien bermanfaat yang perlu dibendung sepenuhnya.
Sebagai ibu ia adalah tugas kita untuk menyediakan anak-anak kita dengan pemakanan yang terbaik, dan sekarang kita tahu bahawa PediaSure © adalah pilihan minuman yang salah. Gula, minyak GMO dan pengisi, protein yang diproses dan perisa palsu jauh dari nutrien bermanfaat yang perlu dibendung sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment