PROTEIN dan fungsinya

SUMBER PROTEIN

Sumber protein terdiri daripada 23 rangkaian Asid Amino:

  • 9 Asid Amino penting (essential) - Hanya boleh diperolehi daripada makanan seperti daging, ikan, ayam, telur, dan susu.
  • Selebihnya boleh dihasilkan oleh badan sendiri.

Protein terdiri daripada protein lengkap dan protein tidak lengkap.

Protein lengkap:
  • Protein lengkap mengandungi semua kesemua 9 Asid Amino penting (essential) dalam kuantiti yang cukup.
  • Sumber haiwan seperti telur, susu dan daging.
  • Sumber tumbuhan seperti quinoa (tumbuhan daripada afrika selatan)
Protein kurang lengkap:

Kebanyakan sumber daripada tumbuhan terdiri daripada protein kurang lengkap. 

KESEIMBANGAN PROTEIN

Setiap makanan yang diambil perlulah diseimbangkan untuk mencapai tahap kesihatan yang optima. Seperti halnya pengambilan protein dalam diet harian.

Protein terlampau tinggi > 85g sehari

  • Mengakibatkan penguraian protein kepada ammonia dan lain-lain yang menjadi toksin di dalam badan.
  • Kandungan amino asid yang tinggi menyebabkan asiditi darah bertambah dan badan kehilangan kalsium dari tulang.
Protein yang tidak mencukupi

  • Akan mengalami kemurungan, apathy dan tiada motivasi.
  • Tidak boleh relax
  • Ingatan dan daya konsentrasi terjejas
NOTA PENTING!!!

Sering dikaitakan permasalahan yang berlaku disebabkan pengambilan sumber protein berlebihan. Antaranya:
  • Daging mempunyai kandungan Asid Arachidonic yang tinggi yang akan menggalakkan radang  dan sistem badan menjadi acidic. Penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini adalah menyeimbangkan pengambilan protein melalui kaedah MENU PUSINGAN.

ASID AMINO DAN NEUROTRANSMITTER

NEUROTRANSMITTER adalah senyawa kimia yang terhasil melalui rangkaian asid amino.Fungsinya adalah membawa maklumat dalam bentuk elektrik dari sebuah neuron ke neuron yang lain.

Diantara kepentingan penghasilan Neurotransmitter
  • ADRENALIN, NORADRENALIN, DOPAMIN memberikan mood baik, merangsang dan memotivasikan serta mengatasi stress.
  • GABA memberi rasa tenang dan relax.
  • SEROTONIN - Menghasilkan mood gembira, baik dan membendung kemurungan.
  • ACETYLCHOLINE - Membantu menguatkan ketajaman fikiran (memori) dan meningkatkan kepekaan.
Kesimpulannya...

Pengambilan protein dari jenis haiwan sangat penting untuk diambil dalam  diet harian anak-anak dan jangan sesekali diremehkan.

No comments:

Post a Comment