Ramai yang memandang anak-anak istimewa seperti sindrom down, autism, cerebral palsy dan sebagainya tidak mempunyai peluang untuk hidup normal. Apatah lagi anak-anak yang mengalami kecacatan otak akibat kekurangan oksigen yang terbaring tidak mampu melakukan apa-apa. Tetapi Pendidikan yang dibawa oleh Nury sungguh luar biasa. Memandang optimis terhadap setiap anak-anak dimana anak-anak boleh dibangunkan potensinya dengan kaedah pembangunan otak. Di sini terlihatlah kebesaran Tuhan apabila anak-anak yang kita anggap tidak mempunyai peluang hidup secara normal sebenarnya telah tersedia kaedah-kaedah untuk menjadikan mereka normal buat mereka yang mengkaji. Ini bukan sekadar omongan kosong tetapi telah terbukti akan keberhasilannya. Boleh lihat di sini The Institutes for the Achievement of Human Potential | Helping Children
Sekarang kita dah yakin dengan kenyataan yang saya sebutkan tadi. Jadi, anak yang dilahirkan dalam keadaan kurang upaya boleh menjadi normal jika dibangunkan fungsi otaknya apatah lagi anak yang dilahirkan normal? Sungguh luar biasa hasilnya jika fungsi otaknya dibangunkan.
Bagaimana membangunkan fungsi otak?
Secara umumnya, fungsi otak boleh dibangunkan dengan kaedah-kaedah rangsangan terhadap deria-deria yang terdapat pada anggota, pergerakan semulajadi (menjulur, merangkak, melompat dll) dan juga melalui gaya pemakanan yang sihat.
Jangan diganggu atau dihalang fitrah semulajadi yang telah ditetapkan dalam setiap pertumbuhan anak-anak seperti cara pergerakan semulajadi kerana ia boleh mengganggu pertumbuhan fungsi otak itu sendiri.
Membangun otak adalah untuk membangun potensi
Otak manusia merupakan satu anugerah yang sangat istimewa. Ia merupakan pusat kawalan kepada fungsi dan aktiviti tubuh. Tercedera otak bermakna akan tercederalah tubuh. Sihat otak bermakna sihatlah tubuh.
Jadi fokusnya disini adalah untuk membangunkan otak agar terlahirlah anak yang cemerlang yang mempunyai ciri-ciri:
- AKAL YANG CERGAS - Fokus, kuat ingatan, bijak berfikir, rational dan sebagainya.
- JIWA YANG KENTAL - Emosi yang stabil, atk mudah marah-marah dan tantrum.
- JASAD YANG KUAT - Tidak mudah sakit, aktif dan kuat.
No comments:
Post a Comment